Assalammualaikum...
abah aku punya fikiran memang hebat..seseni P.Ramlee dan semaju Tun Dr. Mahathir tapi aku rasa lagi hebat daripada tu..tapi abah aku tak ada peluang nak merealisasikan idea dan fikiran dia..dia sangat hebat..masalah nak realisasikan idea abah tu sebab abah orang biasa dan abah bukan orang senang...sebenarnya abah nak jadi bisnesman yang berjaya tapi impian dia tu tak tecapai sebab abah berasal daripada keluarga orang susah..abah bagitau abah teringin nak bukak wisma yang jual macam-macam sebab abah nak majukan bisnes orang Melayu...abah nak bukak macam-macam kedai dan abah selalu bayangkan nak jadi pengurus..idea abah tu memang makan berjuta-juta ringgit yang aku fikir mustahil tapi kalau kena dengan cara, semua tu tak mustahil...banyak impian abah sebenarnya...abah nak tolong adik beradik dia..abah nak bangunkan balik rumah arwah tok dia yang dah kena roboh dengan orang yang tak reti hargai sejarah..abah nak bukak galeri dia sendiri...macam-macam lagi..impian abah semua telan modal besar-besar oo kadang-kadang tak masuk dek akal...tapi banyangkan kalau aku dapat jadikan impian dia kenyataan? wahhh! aku laa manusia paling bahagia atas muka bumi ni! susah nak digambarkan apatah lagi nak dilukis! salah satu impian aku, aku nak bagi impian abah dengan mak jadi kenyataan...walaupun bunyi dia mustahil,aku nak cuba jugak setakat mana aku mampu...fikiran dia jauh...terlalu jauh...apa yang dia fikir,bayangkan, banyak yang dah jadi...kira ramalan dia tentang keadaan masa depan tu tepat...apa yang dia rasa nak berlaku,dah banyak berlaku...macam P.Ramlee punya fikiran...aku bangga dengan abah aku...cerita sini abis sini la ek... :)
No comments:
Post a Comment