cerita sini,habis sini la ek.jangan nak mandai-mandai nak ciplak! ~muhammad faidhi bin mohd fajar~

Monday, 4 March 2013

aku teguh di belakang perwira-perwira negara!

Assalammualaikum..
masa ni Malaysia masih lagi kena serang dengan kononnya askar kesultanan sulu...padahal pengganas yang durjana...serang negara kita kononnya untuk merebut balik hak depa...hak tuih! semua propaganda belaka! aku salute semua perwira-perwira negara yang sanggup berkorban bahagia, nyawa, harta semata-mata untuk mempertahankan negara...mereka sanggup berkorban untuk negara! mereka sanggup mati demi pertahankan negara! tapi ada jugak orang-orang yang bersembunyi disebalik topeng kecerdikan yang kata macam-macam kat pahlawan-pahlawan kita ni! tu yang aku geram, marah sangat! depa mati untuk kita! untuk negara! sanggup kata mcam tu kat depa?!! kata depa bodoh! anjing semua! kalau hangpa yang berani sangat cakap macam tu, cerdik sangat daripada depa, pi la sana! lawan! jangan cakap je pandai! tak payah nak mempolitikkan keselamatan negara! kalau taksub sangat dengan politik, pi peluk pemimpin hang! tak payah penyibuk tentang keselamatan negara! lagi satu! menteri tak payah mempolitikkan polis! tak payah masuk campur urusan polis! polis adalah untuk keselamatan negara! bukan individu! walauapapun, aku tetap berdoa untuk para pejuang negara...biar gugur di medan perang...jangan gugur sia-sia...in sha Allah syahid akan menanti...tewaskan musuh yang pengecut tu! rakyat malaysia yang bijak sentiasa mendoakan dan menyokong teguh anda semua!

aku sangat tersentuh dengan salah satu sajak ciptaan salah seorang anggota polis yang gugur...

Wahai isteriku..maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna...
Wahai anak-anakku..maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah...
Wahai mak dan abah..ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki..sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna kepada negara...
Wahai ibu dan ayah mertuaku..maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia...
Oh Malaysiaku..maafkan aku andai aku gugur di medan perang..demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Night Diamond Slide Glow